Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

Pengurus bank tipu OKU

BANGKOK: Seorang wanita kurang upaya meminta Bahagian Siasatan Jenayah (CSD) untuk menyiasat pengurus Bank Komersial Siam (SCB) yang dikatakan menipu wangnya sebanyak 107 juta baht (RM 10.7 juta).
Uamboon Chansama, 60, dan peguamnya tiba di CSD semalam untuk memfailkan aduan meminta polis menyiasat kehilangan wangnya. 
Dia mengesyaki pengurus cawangan SCB terlibat.

Peguamnya, Wanchai Srisantitham berkata, Uamboon dan mendiang bapanya Thongbai Chansama, bekas atlet negara dalam sukan ekuestrian dan menembak, rapat dengan pengurus yang namanya dirahsiakan.

Enam tahun lalu, Uamboon membenarkan pengurus itu menguruskan wang depositnya dengan SCB.

Pada 2007, dia meminta pengurus itu menjual sebidang tanah yang dimiliki di belakang Taman Benjasiri di Bangkok. Pengurus itu dikatakan hanya memberikan 115 juta baht (RM 11.5 juta) daripada hasil jualan tanah itu.

Wang itu dimasukkan ke dalam bank dan bila dicampur dengan deposit yang lain, dia sepatutnya mempunyai antara 140-150 juta (RM14-15 juta) di dalam bank.

Uamboon turut membenarkan pengurus itu menguruskan transaksi bagi pihaknya. Kemudian dia mengesyaki penipuan wang kerana pengurus itu enggan menunjukkan akaun banknya dan dokumen penjualan tanah.

Dia turut memberinya hanya satu kunci untuk kotak deposit di cawangan SCB di mana dia sepatutnya menerima dua kunci.

Mei lalu, Uamboon meminta peguamnya memeriksa akaun deposit di SCB. Peguamnya mendapati duit itu diagih dan dimasukkan ke dalam 21 akaun dan tiga dana dan kira-kira 107 juta baht (RM10.7 juta) telah dikeluarkan.

Uamboon terus mengeluarkan baki wang sebanyak tiga juta baht (RM300,000) - Bangkok Post.

No comments:

Post a Comment