Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

Pemilik ladang dipenjara kerana miliki 38 sumbu badak

myMetro | Pemilik ladang dipenjara kerana miliki 38 sumbu badak: "JOHANNESBURG: Seorang pemilik ladang haiwan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana memiliki 38 sumbu badak secara haram, lapor media tempatan, semalam.

Sebuah mahkamah rayuan mengekalkan hukuman ke atas Jacques Els, 39, dari Thabazimbi, utara Afrika Selatan.


Akhbar Beeld melaporkan, Els didapati bersalah membeli 30 tanduk bernilai RM296,203 pada Mac lalu daripada seorang lagi pengusaha ladang haiwan, Tommy Fourie.

Els ditahan pihak berkuasa pada Oktober 2010 dan dihukum kerana menghantar tanduk berkenaan tanpa permit.


Siasatan mendapati, tanduk itu dipotong daripada badak sumbu yang ditangkap. Fourie membunuh diri sebulan kemudian. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment