Search This Blog

Friday, July 13, 2012

Pelajar Nigeria dijel 6 tahun, 12 sebatan

PETALING JAYA 12 Julai - Seorang pelajar kolej swasta warga Nigeria dihukum penjara enam tahun dan sebatan 12 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 119.77 gram dadah jenis kanabis dan methamphetamine, lima bulan lalu.
Hakim Balqis Aini Mohd. Ali menjatuhkan hukuman itu selepas Odumegbe Chukwudi Micheal, 27, menukar pengakuannya kepada bersalah hari ini terhadap pertuduhan-pertuduhan tersebut.
Lelaki itu didakwa memiliki 119.1 gram kanabis dan 0.67 gram methamphetamine di No. A-20-1, Pangsapuri KOI Kinrara, Puchong di sini pada pukul 7.30 pagi, 19 Februari lalu.
Bagi kesalahan memiliki kanabis, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum seumur hidup serta sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.

No comments:

Post a Comment