Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

Pekerja buruh maut tersepit kren terbalik

Pekerja buruh maut tersepit kren terbalik
Keadaan kren dipandu mangsa yang terbalik di tapak pembinaan jalan baru Sungai Tanum- Chegar Perah, petang kelmarin.
KUALA LIPIS - “Tolong... tolong...sakit sangat ni..tolong keluarkan aku dari sini,” rintih seorang pekerja buruh binaan, Alam Subagiono, 38, kepada rakan sekerjanya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Mangsa mati tersepit setelah kren dipandunya terbalik semasa menjalankan kerja-kerja memindahkan batu konkrit di tapak pembinaan jalan baru Sungai Tanum-Chegar Perah, di sini, petang kelmarin.

Rakan mangsa, Sugeng Prasetyo, 25, berkata, dia tidak menyangka sahabatnya itu akan menemui ajal di dalam kren yang dipandunya. Menurutnya, arwah sudah bekerja di tapak pembinaan itu (Central Spine Road 3S2) sejak lebih  setahun lalu sebagai pemandu kren.

“Ketika kejadian, kami sedang sibuk dengan tugas masing- masing sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat dari arah jambatan iaitu tempat Alam menjalankan kerja-kerja mengangkat batu konkrit.

“Kami terkejut apabila melihat kren yang dikendalikan arwah terbalik dan dia tersepit di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya di sini, semalam.

Sugeng berkata, rakan setugas yang lain kemudiannya bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa namun tidak berjaya. “Arwah masih hidup ketika itu dan sempat minta pertolongan kami supaya mengeluarkannya, namun kira-kira setengah jam kemudian suara arwah tidak lagi kedengaran.
“Kami sedih kerana dia meninggal dunia dalam keadaan yang tragis. Arwah sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak,” katanya.Pekerja buruh maut tersepit kren terbalik - Pahang - Sinar Harian:

No comments:

Post a Comment