Search This Blog

Sunday, July 8, 2012

Papua ketakutan dek pemburu ahli sihir

Berita Harian | Papua ketakutan dek pemburu ahli sihir:Insiden makan daging, minum darah mangsa paksa pilihan raya ditunda 

Sekumpulan pemburu ahli sihir mencetuskan ketakutan di kalangan penduduk Papua New Guinea apabila membunuh, memakan daging dan meminum darah mangsa sehingga memaksa pilihan raya ditunda. Kumpulan itu dituduh membunuh tujuh orang, lima lelaki dan dua wanita, yang didakwa mengamalkan ilmu hitam di hutan terpencil di Madang. 
Polis berkata, mereka menahan 29 anggota kumpulan itu termasuk remaja lelaki berusia 13 tahun tetapi pemimpinnya masih bebas. 

Ia bermula sebagai cubaan mengekang ugutan oleh ahli sihir meminta wang daripada penduduk yang sakit. Namun aktivis anti ahli sihir mula percaya mereka mempunyai kuasa khas mengesan pengamal ilmu hitam itu. 

“Ahli sihir sudah tidak dapat dikawal di kampung ini. Ia sesuatu baik satu ketika dulu, tetapi kini menjadi sebaliknya. Mereka membunuh mangsa pertama di tepi jalan raya. 

“Mereka mengorek hatinya, memotong otak dan meminum darahnya,” kata aktivis politik kepada The Sydney Morning Herald. 
Halang serangan 

Percaya kepada sihir memang biasa di negara Pasifik itu, yang mempunyai Akta Sihir bertujuan menghalang serangan ke atas penduduk yang dituduh mengamalkan ilmu hitam. 

Siri serangan kumpulan pemburu ahli sihir dengan 500 anggota itu mengganggu perjalanan pilihan raya dan memaksa undian sela-ma dua minggu dijadualkan berakhir kelmarin ditangguhkan. 

Dakwaan rasuah dan penipuan undi, selain kesukaran mendapatkan kotak undi daripada wilayah terpencil, menambah kepada penangguhan itu. 

Polis berkata, penduduk berhampiran ibu pejabat kumpulan berkenaan tidak boleh mengundi kerana bimbangkan keselamatan mereka. 

Komander polis, Anthony Wagambie Jr, berkata 12 anggota kumpulan berkenaan melakukan pembunuhan dan semua anggotanya terbabit memakan mangsa. - Agensi
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment