Search This Blog

Friday, July 13, 2012

Padah salah guna Facebook

Dhaka: Polis Bangladesh menahan seorang ahli perniagaan yang dituduh menyunting satu foto perdana menteri negara itu pada sekeping gambar wanita separuh bogel di laman web Facebook miliknya. 

Selepas mendapat maklumat, sepasukan anggota polis mengunjungi rumah Shariful Islam di Maizdi, 150 kilometer ke selatan Dhaka. Mereka menemui gambar perdana menteri berkenaan pada komputer lelaki terbabit, kata ketua polis tempatan, Chowdhury Abul Kalam. 
“Kami memintanya membuka laman Facebook miliknya. Pada laman web berkenaan, wajah perdana menteri Sheikh Hasina ditampal pada seorang wanita yang separuh bogel,” katanya, semalam. 

Shariful adalah seorang pemilik sebuah firma pengiklanan dan turut memalsukan gambar Menteri Dalam Negeri dan beberapa menteri lain,” kata Kalam. 

Beliau juga memberitahu, ahli perniagaan terbabit boleh dihukum penjara 10 tahun jika didapati bersalah terhadap tuduhan memfitnah itu. 

Pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah undang-undang tahun ini termasuk mengemukakan pendakwaan membabitkan pemilik laman Facebook yang menyasarkan Hasina. 
Bulan lalu, seorang pelajar didakwa atas kesalahan memfitnah selepas memberi komen pada Facebook dengan menuduh Hasina bertanggungjawab atas kehilangan pemimpin pembangkang. 
AFP

No comments:

Post a Comment