Search This Blog

Sunday, July 29, 2012

NASIONAL 4 keluarga tinggal sehelai sepinggang


 Keadaan api  yang marak memusnahkan empat rumah  di Wakaf Mek Zainab, petang kelmarin. - Foto Nik Abdullah Nik OmarKeadaan api yang marak memusnahkan empat rumah di Wakaf Mek Zainab, petang kelmarin. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
Kebakaran leburkan persiapan Aidilfitri

Kota Bharu: Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah terbakar dalam kejadian di Wakaf Mek Zainab, di sini, sekali gus meleburkan impian membuat persiapan menyambut Aidilfitri. 
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang kelmarin, penghuni rumah dua tingkat yang berdindingkan papan itu tidak sempat mengeluarkan semua dokumen penting dan harta benda masing-masing berikutan api marak dengan kerugian dianggarkan RM70,000. 

Malah sekarang pun kami tak pasti nak berbuka di mana selepas rumah terbakar” - Midah Abd Rahman, Ibu
Mangsa, Midah Abd Rahman, 41, berkata ketika kejadian dia bersama suami, Mohd Shahrudin Ibrahim, 47, berada di Bazar Ramadan berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV, membeli juadah berbuka.

Ibu enam anak yang tidak dapat menyembunyikan kesedihannya itu, berkata dia sudah membeli pakaian raya untuk anaknya beberapa hari lalu bersama pelbagai barang lain untuk menyambut Aidilfitri, namun kini semuanya hangus menjadi abu.

“Malah sekarang pun kami tak pasti nak berbuka di mana selepas rumah terbakar. Lebih menyedihkan apabila terpaksa memikirkan di mana kami mahu tinggal selepas ini,” katanya yang pasrah dengan ujian melanda keluarganya.

Sementara itu, Rokiah Yahya, 57, berkata dia sedang memasak hidangan berbuka sebelum terkejut apabila melihat api di tingkat atas rumah jirannya sebelum bergegas mencapai beg tangan dan terus meluru keluar sambil membawa cucu, Asri Aidil Hasan, 7, yang bermain di luar rumah ke tempat selamat. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohd Sabri Ismail, berkata sepasukan 22 anggota bersama empat jentera bomba dihantar ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 5.45 petang sebelum berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh lima minit selepas tiba di lokasi.

No comments:

Post a Comment