Search This Blog

Sunday, July 29, 2012

Muka berdarah


TERSEPIT... Faiq Irfan cuba dikeluarkan daripada kereta oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam.
TERSEPIT... Faiq Irfan cuba dikeluarkan daripada kereta oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam.
REMBAU: “Saya cuba mengalihkan mangsa perempuan yang tercampak di bahu jalan bersama bayinya yang berlumuran darah di muka ke tepi jalan,” kata Husni Idris, 37, saksi kemalangan ngeri yang menyebabkan seorang bayi lelaki enam bulan maut selepas tercampak ke luar kereta bersama ibunya di Kilometer 232.5, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam, bayi berkenaan, Faris Iqbal cedera parah di kepala selepas kereta dipandu bapanya, Faiq Irfan Abdullah, 38, terbabas lalu merempuh tembok penghadang jalan.

Bayi malang itu meninggal dunia jam 2 pagi ketika dirawat di Hospital Melaka. Ibunya, Sanisah Mamad, 35, patah bahu kanan manakala bapanya patah bahu kiri dan dirawat di Hospital Melaka.
Husni yang juga pemandu lori kontena berkata, sebaik melihat kejadian itu, dia terus memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan bagi membantu bayi yang tercampak di tepi jalan beberapa meter daripada ibunya.

“Saya membantu mengalih ibu bayi itu ke tepi jalan supaya lebih hampir dengan anaknya. Wanita itu menangis teresak-esak mengenangkan keadaan bayi yang mukanya dipenuhi darah.

“Malah, wanita itu sempat meminta saya mengambil laptop dan beg duit di dalam kereta manakala suami mangsa masih berada di dalam kereta dan menunggu bantuan lain tiba,” katanya ketika ditemui di sini.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Iswara Aeroback dipandu Faiq dipercayai bergesel dengan sebuah kereta Perodua Myvi, menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas di kiri jalan dan merempuh tembok pengadang jalan.

No comments:

Post a Comment