Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

Lelaki warga emas cuba seludup 2kg kokain dalam seluar dalam

myMetro | Lelaki warga emas cuba seludup 2kg kokain dalam seluar dalam: "HONG KONG: Pihak berkuasa Hong Kong semalam berkata, seorang suspek penyeludup dadah ditahan di lapangan terbang bandar raya itu bersama kokain yang disembunyikan dalam seluar dalam khas.

Lelaki berusia 63 tahun itu ditahan sejurus selepas tiba dari Sao Paulo, Brazil, kelmarin.


Jabatan Kastam dan Eksais Hong Kong berkata, suspek membawa hampir dua kilogram kokain dalam seluar dalam yang dibuat khas serta sepasang kasut. Dadah itu dianggarkan bernilai hampir RM895,000.

Suspek dijangka dihadapkan di mahkamah hari ini dan berdepan hukuman penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment