Search This Blog

Sunday, July 8, 2012

Lelaki kurang siuman nyaris maut terjatuh bangunan

Lelaki kurang siuman nyaris maut terjatuh bangunan - Semasa - Sinar Harian:
Terjatuh dari bangunan
Lelaki kurang siuman yang terjatuh dari bangunan, cuba ditenangkan orang ramai dengan memberikan bantuan kepadanya.
KOTA BHARU - Seorang lelaki kurang siuman nyaris maut selepas terjatuh dari bangunan Menara Perbadanan, Jalan Tengku Putera Semerak, di sini, pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa yang berusia 30-an cedera di bahagian badan selain patah kedua-dua belah kaki.

Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Muhammad, 28, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan dari arah Jalan Che Su menghala ke Pejabat Pos lama.

Menurutnya, ketika sedang memandu, dia ternampak sebuah objek hitam jatuh dari atas bangunan berkenaan.

“Pada mulanya saya ingat kepingan besi yang jatuh disusuli dengan bunyi dentuman yang agak kuat dari arah luar. Saya kemudian memberhentikan kereta dan terkejut apabila melihat seorang lelaki terbaring di tepi sebuah kereta sambil mengerang kesakitan,” katanya kepada pemberita.

Muhammad berkata, beberapa minit kemudian orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian mendekati lelaki berkenaan untuk menghulurkan bantuan.

“Lelaki itu yang terjatuh di atas sebuah kereta yang dipakir berhampiran kawasan tersebut sebelum terpelanting di atas jalan.

“Terkejut melihat keadaan lelaki itu namun kami bersyukur, dia hanya mengalami kecederaan dan kemudiannya dibawa oleh ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya di
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Beliau berkata, lelaki berkenaan yang berusia 30-an patah kedua-dua belah kaki dan dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan susulan.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment