Search This Blog

Friday, July 13, 2012

Lelaki khayal hidu gam mengamuk di kedai serbaneka

TEMERLOH - Seorang lelaki warga Indonesia yang khayal selepas menghidu gam, bertindak agresif dengan mengamuk di sebuah kedai serbaneka di Semantan, di sini, awal hari ini.
   
Dalam kejadian 4 pagi itu, lelaki berusia 40-an itu bersenjatakan sebatang kayu bertindak menceroboh masuk ke premis berkenaan dan nyaris mencederakan dua pekerja premis berkenaan.
   
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata lelaki yang tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek kemudiannya bertindak menyepah serta merosakkan barangan di  premis berkenaan.
   
Lelaki itu kemudiannya berjaya diberkas orang awam dan diserahkan kepada anggota polis peronda yang tiba di tempat kejadian sejurus itu, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
   
Beliau berkata mengikut siasatan awal, suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap dan dipercayai menghidu gam di sebuah stesen minyak berhampiran sebelum khayal dan mengamuk di premis berkenaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment