Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

Kilang penapis minyak meletup

BANGKOK: Letupan di kilang penapisan minyak di kawasan perindustrian di Bangkok menyebabkan kebakaran besar pagi semalam, di mana asap hitam boleh dilihat di merata tempat di ibu negara itu.
Tiada kecederaan dilaporkan akibat letupan dan kebakaran itu yang menyebabkan kilang yang mengeluarkan 120,000 tong minyak sehari akan ditutup untuk sekurang-kurangnya 30 hari. 
Presiden Bangchak Petroleum, Anusorn Sangnimnuan berkata, siasatan awal oleh syarikat itu mendapati letupan disebabkan paip minyak atau gas bocor pada kira-kira jam 7.30 pagi (0030 GMT).

“Tiada kecederaan dilaporkan. Kami mengandaikan ia disebabkan oleh kebocoran minyak atau gas dan menyebabkan kebakaran,” katanya kepada wartawan dan menambah, kebakaran itu berjaya dikawal tidak lama kemudian.

Katanya, “Saya tidak fikir ia disebabkan oleh kesilapan manusia, ia disebabkan oleh peralatan.”

Perkhidmatan kecemasan berkata, tiada mangsa yang cedera tetapi pihak berkuasa Bangkok mengedarkan topeng muka kepada beribu-ribu penduduk berdekatan untuk mengelak daripada menyedut asap.

Sebagai langkah diambil akibat letupan yang mengejutkan penduduk dan menyebabkan asap hitam ke udara, Menteri Industri, Pongsawat Sawadiwat berkata, kilang itu akan ditutup sekurang-kurangnya sebulan. - Bangkok Post

No comments:

Post a Comment