Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

Janin ditemui di tandas Melaka Sentral

Janin ditemui di tandas Melaka Sentral - Melaka & NS - Sinar Harian: "MELAKA - Janin lelaki yang cukup sifat ditemui dalam sebuah kotak kasut berbungkus plastik dalam tandas lelaki di terminal bas Melaka Sentral di Peringgit, di sini hari ini.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Muhammad Koey Abdullah berkata janin yang dianggar berusia antara enam dan tujuh bulan itu diletakkan di bawah sinki dan ditemui seorang pemandu bas berusia 30-an ketika ke tandas itu.
  
"Janin itu dipercayai lahir tidak cukup bulan dan dibuang dalam tempoh tidak sampai 24 jam kerana belum berbau," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini.
  
Beliau berkata polis percaya janin yang telah dibersihkan kerana tidak mempunyai tali pusat dan uri itu, diletakkan di situ antara pukul 5.30 hingga 8 pagi berikutan pintu tandas berkenaan dikunci pada waktu malam.
  
Muhammad berkata polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di luar tandas itu.
  
Janin itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment