Search This Blog

Sunday, July 29, 2012

Gagal samun

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
       
GOMBAK: Sekumpulan lima lelaki, termasuk seorang remaja berusia 19 tahun yang juga bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) serta aktif dalam beberapa kegiatan samun, dilumpuhkan polis, awal pagi kelmarin.

Difahamkan, kelima-lima suspek berusia antara 19 hingga 25 tahun itu ditahan selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan bertembung sebuah kereta lain di persimpangan lampu isyarat Taman SPPK, Segambut, di sini, ketika cuba melarikan diri.


Sebelum itu, lima suspek terbabit yang menaiki kereta Proton Waja dikatakan cuba menyamun di pekan Rawang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang orang awam, jam 3.30 pagi, memberitahu kereta dipintas sebuah kereta dinaiki lima lelaki di pekan Rawang.


“Suspek bagaimanapun tidak berjaya menyamun mangsa berikutan terlihat balai polis bergerak. Mangsa meminta bantuan polis, menyebabkan suspek melarikan diri.


“Cubaan samun kedua diteruskan di pekan berkenaan dengan cuba memecah masuk sebuah kedai besi buruk. Namun, cubaan itu juga tidak berhasil sejurus melihat orang ramai di kawasan berhampiran,” katanya.

Menurutnya, bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota polis antisamun kenderaan berjaya mengesan kereta dipandu suspek di Jalan Templer, Rawang, di sini.


“Polis cuba menahan kereta dipandu suspek tetapi mereka memecut laju sehingga ke persimpangan lampu isyarat Taman SPPK, Segambut.

Suspek gagal mengawal kereta, menyebabkan berlaku kemalangan dengan sebuah kereta dinaiki lima wanita warga Thailand,” katanya.

No comments:

Post a Comment