Search This Blog

Saturday, July 28, 2012

Dua mayat anak kapal ditemui


Mayat anak kapal MT Bunga Alpina yang meletup ketika mengisi minyak di jeti PETRONAS Methanol (PML) ditemui berhampiran lokasi kejadian semalam dibawa ke bilik mayat Hospital Nukleus Labuan. - Foto Edmund SamuntingMayat anak kapal MT Bunga Alpina yang meletup ketika mengisi minyak di jeti PETRONAS Methanol (PML) ditemui berhampiran lokasi kejadian semalam dibawa ke bilik mayat Hospital Nukleus Labuan. - Foto Edmund Samunting
Labuan: Dua mayat anak kapal MT Bunga Alpinia ditemui di perairan berhampiran lokasi kejadian, tengah hari semalam. 

Identitinya disahkan sebagai Mohd Hanafi Kalil, 24, dari Melaka dan Zahari Hashim, 46, dari Negeri Sembilan.

Penemuan menjadikan tiga mangsa ditemui manakala dua anak kapal lagi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Saiman Masran, berkata mayat pertama ditemui di laut pada jam 12.57 tengah hari, disusuli penemuan mayat kedua pada jam 1.10 tengah hari dalam keadaan terapung 30 meter dari tempat kejadian. 

“Dua mayat itu ditemui pasukan bomba dan penyelamat berhampiran jeti PETRONAS Methanol Labuan (PML). 

Ada kesan terbakar pada mayat 

“Pemeriksaan awal mendapati ada beberapa kesan terbakar di tubuh kedua-dua mayat itu,” katanya di sini, semalam. 
Saiman berkata, mayat dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk proses pengecaman ahli keluarga. 

Mayat sudah dituntut 

Sementara itu, mayat Shahril Azmi Baharuddin, 28, yang ditemui di jeti berhampiran lokasi kejadian, dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Melaka. 

Bapanya, Baharuddin Yakub, 58, ketika ditemui berkata keluarganya pasrah menerima kematian anaknya itu sebagai ujian Allah. 

“Saya ada bercakap dengannya menerusi telefon jam 10 malam Rabu lalu. Dia macam biasa, tiada perubahan. Kami saling bertanya khabar dan berbual macam biasa. 

“Dia ada memberitahu syifnya akan bermula dan selepas itu dia bercakap dengan ibunya. Itulah kali terakhir kami berbual dengannya,” katanya.

No comments:

Post a Comment