Search This Blog

Monday, July 30, 2012

Cessna terhempas, juruterbang terbunuh




Keadaan pesawat Cessna yang terhempas di ladang kelapa sawit Kampung Parit Puasa, Ayer Baloi, Pontian semalam.


PONTIAN - Seorang juruterbang Singapura terbunuh selepas pesawat ringan yang diterbangkan terhempas di ladang kelapa sawit, Kampung Parit Puasa, Ayer Baloi di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1.30 petang, Samuel Ling Shi Min, 25, yang memandu pesawat Cessna milik Syarikat FRAS Flying Club maut di tempat kejadian.
Difahamkan mangsa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai pada pukul 12.30 tengah hari.
Seorang saksi Mohd. Shafian Buang, 15, berkata, sebelum terhempas, pesawat tersebut kelihatan berpusing beberapa kali di udara sebelum terhempas di kawasan ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.
"Saya mendengar bunyi dentuman kuat. Saya kemudian terus ke ladang kelapa sawit dan melihat mayat seorang lelaki berlumuran darah tersepit di bawah pesawat yang sudah remuk.
"Saya kemudian pulang dan memberitahu saudara saya sebelum menghubungi polis," kata Shafian ketika ditemui di lokasi kejadian.

No comments:

Post a Comment