Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

Barang kemas isteri lesap

REMBAU – Seorang warga emas dekat sini, rugi kira-kira RM5,000 apabila barang kemas milik isterinya dibawa lari dua lelaki yang menyamar ingin membeli barangan kitar semula dan wakil sebuah program hiburan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Zakaria Taha, 79, dan isterinya, Lijah Ngah, 71, didatangi salah seorang daripada lelaki berkenaan di kediaman mereka yang mahu membeli beberapa barangan kitar semula seperti besi, plastik dan lain-lain.

Menurutnya, tidak berapa lama kemudian, seorang lagi lelaki keluar dari kereta jenis Proton Waja berwarna biru yang dinaiki dan menyatakan mereka juga wakil daripada program hiburan sambil mengeluarkan sepucuk surat.

“Selepas saya buka sampul surat berkenaan tertera gambar mesin basuh di sekeping kertas dan dua lelaki berkenaan menyatakan saya sudah memenangi hadiah berkenaan.

Bagaimanapun, saya dikehendaki mengisi borang bagi mengesahkan hadiah berkenaan.

“Ketika itu, saya seolah-olah leka dan menurut sahaja kata lelaki berkenaan yang meminta maklumat peribadi serta nombor siri barangan kemas untuk diisikan dalam borang berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, dekat sini, semalam.

Zakaria berkata, selepas mencatatkan nombor siri emas iaitu seutas rantai leher, seutas gelang tangan dan cincin yang dibeli isteri di Makkah, dua lelaki berkenaan memulangkan semula barangan kemas kepadanya.

“Namun selepas itu, mereka meminta saya untuk menangkap gambar di kedai gambar terdekat dan membawa barangan kemas sebagai bukti.

“Oleh kerana tiada kedai gambar di Lubok China dan lokasi terdekat hanya di Masjid Tanah, Melaka, saya menaiki kereta dua lelaki berkenaan untuk ke sana,” katanya.

Menurutnya, sebelum mengambil gambar, dia diminta menyerahkan barangan kemas namun setelah selesai mengambil gambar, dua lelaki itu menghilangkan diri. Dia membuat laporan di Balai Polis Kota.  Barang kemas isteri lesap - Melaka & NS - Sinar Harian:

No comments:

Post a Comment