Search This Blog

Sunday, July 29, 2012

Bakal kahwin hujung tahun ini

JENAZAH Shahril Azmi (gambar kecil) selamat dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Raja Alias, Jempol semalam.

JEMPOL – Mangsa letupan kapal tangki Bunga Alpina, Shahril Azmi Baharuddin, 28, yang ditemui mati terapung di Jeti Terminal Petronas Methanol Labuan pada Khamis lalu dijadual menamatkan zaman bujang hujung tahun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh bapa mangsa, Baharuddin Yacob, 58, bahawa anak kedua daripada lima adik-beradik itu sebelum ini pernah memaklumkan kepada keluarga yang dia mahu bertunang dan berkahwin dengan seorang gadis dari Seremban.

“Barang kemas untuk majlis perkahwinannya juga kami sudah belikan.

“Kali terakhir kami berjumpa dengan arwah adalah ketika dia pulang bercuti selama sebulan pada Mei lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Raja Alias Tiga di sini semalam.

2 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirajiun...

    Malang tak berbau kannnnnnn....semoga bakal isteri arwah tabah

    ReplyDelete