Search This Blog

Sunday, July 8, 2012

Abang tak puas hati adik ditegur

Mohd Salman  (kanan), melihat  bengkak di muka Muhammad Najib  yang  ditumbuk  tiga lelaki  di sekolahnya di Nilai, Seremban.

Mohd Salman (kanan), melihat bengkak di muka Muhammad Najib yang ditumbuk tiga lelaki di sekolahnya di Nilai, Seremban.
Tiga lelaki ceroboh sekolah belasah pelajar 

Kajang: Tiga pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan, cedera dibelasah tiga lelaki, malam kelmarin. Kejadian samseng menyerang sekolah itu adalah kali kedua selepas 10 pelajar dan seorang guru penolong kanan cedera diserang lebih 20 lelaki di luar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Perdana, Kajang, 15 Jun lalu. 
Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, tiga lelaki berusia 20-an menceroboh kawasan sekolah dan membelasah mangsa, termasuk seorang anak pegawai polis ketika mereka mengendalikan satu program untuk pelajar Tingkatan Tiga. 

Difahamkan, sebelum kejadian seorang daripada mangsa yang menjadi fasilitator program menegur seorang pelajar Tingkatan Tiga kerana membuat bising ketika aktiviti berkumpulan serta tidak mengendahkan arahan guru. 

Berikutan itu, pelajar terbabit yang tidak puas hati dikatakan menghubungi abangnya yang kemudian datang ke sekolah bersama dua lagi rakan sebelum membelasah pelajar Tingkatan Enam berkenaan. 

Suspek serbu sekolah 
Mangsa, Mohd Salman Mohd Ismail, 18, berkata beliau berada depan pejabat sekolah memerhatikan aktiviti pelajar Tingkatan Tiga sebelum tiba-tiba seorang lelaki datang ke arahnya dan menumbuk bertubi-tubi. 

“Selang beberapa minit, seorang guru menarik saya ke tempat lain. Namun, lelaki itu dan dua rakannya membelasah pula rakan saya yang sebelum itu cuba menghalang mereka,” katanya yang cedera di muka, ketika ditemui semalam. 

Pagar sekolah dibuka 

Difahamkan, ketika kejadian, pagar sekolah dibuka untuk memudahkan ibu bapa datang mengambil anak masing-masing. 

Rakannya, Muhammad Najib Zulkarnain, 18, berkata tindakan beliau cuba menghalang lelaki terbabit memukul Mohd Salman menyebabkan dia ditumbuk di muka. 

Muhammad Najib yang juga anak seorang pegawai di Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, ketiga-tiga suspek turut membelasah seorang lagi rakannya hingga cedera di kaki selepas cuba membantunya. 

Semua mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Nilai dan mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusoff Awang, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.http://www.bharian.com.my/

No comments:

Post a Comment