Search This Blog

Sunday, July 8, 2012

Abang melambung depan mata

Abang melambung depan mata - Pahang - Sinar Harian:

Junid (kiri) melihat motosikal jenis Suzuki yang meragut nyawa abangnya.
Junid (kiri) melihat motosikal jenis Suzuki yang meragut nyawa abangnya.
LIPIS - “Dari jarak kira-kira 50 meter di hadapan, saya lihat motosikal yang ditunggang abang, Romzi Yok Las, 21, bersama seorang adik kami, Amir Yok Bek, 15, bertembung dengan sebuah Toyota Hilux dan Romzi melambung ke udara sebelum terhempas ke permukaan jalan.”

Demikian kata Junid Yok Bek, 18, yang menyaksikan kemalangan membabitkan ahli keluarganya sehingga meragut satu nyawa di Felda Sungai Koyan Satu, malam kelmarin.

Menurutnya, sebelum kejadian malang itu, mereka tujuh bersaudara sedang dalam perjalanan pulang dari Tanjung Gahai ke Pos Senderut.

“Kami pergi ke Tanjung Gahai untuk mengambil kakak dengan menaiki empat motosikal dan ketika pulang Romzi bersama Amir berada di hadapan dengan menaiki sebuah motosikal jenis Suzuki.

“Ketika sampai di satu selekoh berhampiran Kuarters Guru Koyan Satu, saya lihat motosikal dinaiki Romzi dan Amir bertembung dengan sebuah Hilux dipandu seorang lelaki,” katanya, kelmarin.

Junid berkata, dia bersama empat saudaranya yang lain terus memberhentikan motosikal masing-masing untuk membantu Romzi dan Amir.

“Saya memangku tubuh abang, namun dia tidak memberi apa-apa tindak balas sementara Amir meraung kesakitan,” katanya.

Pemandu Toyota Hilux, Mohamad Nazarudin, Ali, 39, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang dari mengambil barang elektrik dari kedai miliknya di Bazar Mara Sungai Koyan.

“Saya dalam perjalanan pulang ke Lipis. Ketika sampai di tempat kejadian tiba-tiba muncul motosikal tanpa lampu yang ditunggang dua remaja.

“Saya tidak sempat mengelak dan motosikal terbabit menghentam kuat depan kenderaan saya membuatkan saya tergamam seketika. Selepas itu saya terus hubungi rakan dan polis untuk melaporkan kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 1 Jalan Lipis-Sungai Koyan kira-kira jam 8.05 malam, kelmarin.

No comments:

Post a Comment