Search This Blog

Thursday, July 5, 2012

3 cuba samun penjual akhbar dicekup

myMetro | 3 cuba samun penjual akhbar dicekup:


SEREMBAN: Tiga penjenayah bertindak nekad melanggar seorang penghantar surat khabar dalam usaha menyamunnya di Taman Labu Jaya, di sini, tetapi tidak bernasib baik kerana terserempak dengan polis ketika melarikan diri menggunakan sebuah kereta, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi, geng penjenayah itu disyaki mahu menyamun mangsa dikenali sebagai Ah Kiat, 46, di luar taman berkenaan sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta Proton Waja.

Menurut mangsa, ketika kejadian, dia menghantar surat khabar dari rumah ke rumah di taman berkenaan, menyedari sebuah kereta Proton Waja hitam diletak di atas bukit.

“Saya tidak menghiraukan kereta itu dan menghantar surat khabar tetapi mula tidak sedap hati apabila kereta itu mengekori saya.

“Saya bergegas cuba melarikan diri tetapi kereta itu mengejar dan melanggar bahagian tepi motosikal hingga saya terjatuh.

“Ketika cuba bangun, seorang lelaki keluar dari pintu belakang kereta menuju ke arah saya,” katanya.

Bimbang dicederakan, dia memanjat pagar sebuah rumah banglo di situ untuk bersembunyi sebelum melihat kereta berkenaan bergerak ke arah Taman Permai.

Dia kemudian menyambung semula kerjanya dan ketika mengedar akhbar di Taman Permai, dia terserempak beberapa anggota polis yang menahan kenderaan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata sejurus kejadian kereta suspek menuju ke arah Taman Permai dan dipandu laju serta mencurigakan.

“Sebuah kereta peronda polis yang melalui jalan itu terserempak kereta berkenaan yang tidak berhenti di lampu isyarat lalu mengejarnya sebelum kereta terbabit hilang kawalan dan terbabas melanggar besi penghadang.

“Tiga lelaki didalamnya cuba melarikan diri namun seorang daripada mereka berusia 20-an berjaya ditangkap. Usaha mengesan dua lagi rakannya sedang giat dilakukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment