Search This Blog

Sunday, July 8, 2012

2 bot nelayan pukat ikan bergandingan ditahan

KUALA TERENGGANU — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan tempatan yang disyaki melakukan aktiviti penangkapan ikan secara bergandingan di perairan Pulau Bidong, Khamis lalu.
Kedua-dua bot nelayan tempatan iaitu TRF 1304, Kelas C jenis pukat jerut dan sebuah bot kargo Nur 4 dikesan 10.36 pagi oleh kapal maritim APMM.
Menurut Laskar Kelas I Maritim, Salina Salleh penangkapan tersebut adalah hasil aduan orang awam.
Katanya, tujuan mereka melakukan perbuatan itu adalah untuk mengaut keuntungan dengan lebih cepat tetapi aktiviti itu diharamkan di negara ini kerana ia akan merosakkan terumbu karang dan menjejaskan hasil tangkapan nelayan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment