Search This Blog

Saturday, June 30, 2012

Wartawan lihat sendiri ‘api misteri’

myMetro | Wartawan lihat sendiri ‘api misteri’:

KOTA BHARU: Bagi mencari kebenaran di sebalik dakwaan Wan Norfatihah Wan Hanafi,14, wartawan Harian Metro beberapa kali berkunjung ke rumahnya bagi melihat sendiri kewujudan ‘api misteri’ yang didakwa mengganggu kehidupan remaja itu dan keluarganya.
Dalam tempoh tiga kali berkunjung ke rumah remaja itu, wartawan berpeluang melihat sendiri api misteri yang dimaksudkan pada 23 Jun lalu bermula jam 6 petang hingga 10 malam.

Dalam tempoh berkenaan, sebanyak lima kejadian kebakaran berlaku membabitkan bantal, baju, selimut, kasut dan payung.
Memang aneh kerana api misteri itu muncul secara tiba-tiba sehingga Wan Norfatihah dan keluarganya terpaksa bertungkus-lumus memadamkan api.

Selang sehari selepas kejadian itu, iaitu pada 25 Jun lalu, Wan Norfatihah mendakwa berlaku sembilan kejadian kebakaran di rumahnya dari malam sehingga awal pagi Bagaimanapun, selepas ‘berubat’ dengan pengamal perubatan tradisional di Tanah Merah pada 26 Jun lalu, sehingga semalam, api misteri itu belum muncul.

No comments:

Post a Comment