Search This Blog

Saturday, June 2, 2012

Warga emas nyaris maut

Warga emas nyaris maut - Johor - Sinar Harian:
JOHOR BAHRU - Seorang warga emas yang menghidap penyakit Parkinson sejak tujuh tahun lalu, nyaris rentung dalam satu kebakaran di rumahnya di Taman Johor Jaya, di sini, awal pagi semalam. Kejadian jam kira-kira 7 pagi itu hampir meragut nyawa Yew Hua Seng, 60, yang tinggal berseorangan selepas isteri, Lee Chiu Siang, 49, dan tiga anak-anaknya keluar mencari rezeki serta bersekolah. 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor Jaya, Syed Nasir Syed Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam .15 pagi berhubung kejadian seterusnya bergegas ke lokasi.

“Sebaik sahaja bomba tiba di lokasi, kebakaran di tingkat atas rumah mangsa sudah  marak dan mangsa terperangkap di dalam biliknya.  “Akibat dari asap tebal kerana kebakaran itu, mangsa tidak sedarkan diri. Hampir seluruh badannya cedera akibat kejadian ini. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, semalam.

Syed Nasir berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kebakaran itu berlaku dan kerugian yang dialami oleh keluarga mangsa.

Sementara itu, anak sulung mangsa yang enggan dikenali berkata, dia bergegas pulang ke rumah sebaik sahaja menerima panggilan berhubung kejadian yang menimpa ke atas keluarganya. “Ibu saya selamat, cuma dia perlu mendapatkan rawatan hospital kerana  terlalu banyak menyedut asap kebakaran. Ibu hanya mengalami kecederaan  kecil.

“Ibu tiada di rumah kerana berniaga di kawasan berdekatan. Saya diberitahu, ibu segera  bergegas pulang ke rumah untuk cubaan menyelamatkan ayah sebaik sahaja dia diberitahu mengenai kejadian.

Ayah pula kini kritikal di dalam wad,” katanya. Difahamkan, keluarga mangsa menerima kunjungan daripada Ahli  Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk di HSI, petang semalam. Cher Puk berkata, bantuan segera berupa wang tunai diberikan kepada keluarga mangsa sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu, katanya, MCA  Bahagian Pasir Gudang akan memberikan bantuan keperluan dari masa ke semasa ke atas keluarga mangsa yang berpendapatan rendah.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment