Search This Blog

Saturday, June 30, 2012

Warga Britain curi mesin ATM tiru aksi hollywood




       
BANGKOK: Dua lelaki rakyat Britain ditahan kerana cuba mencuri mesin teler automatik (ATM) dari tiga bank di wilayah Chon Buri.

Suspek mengakui mereka cuba meniru adegan rompakan dalam filem aksi Hollywood “Fast Five”.


Suspek, Alexander Milbourn, 25, dan Shaun Edward Tracy, 34, ditahan kelmarin selepas mereka dan seorang lagi lelaki Britain yang tidak dikenal pasti identitinya dan masih bebas cuba menarik mesin ATM itu dari dinding tiga bank di daerah Si Racha menggunakan tali yang diikat pada kereta, kata Ketua Polis Chon Buri, Jamnong Rattanakul dalam sidang akhbar. Dalam ketiga-tiga percubaan, suspek berjaya menarik mesin ATM itu dari dinding bangunan pada awal pagi, tetapi gagal membuka dan mengambil wang keluar dari mesin berkenaan. Mereka melarikan diri kerana penggera bank berbunyi dan mengejutkan penduduk setempat. - BP

No comments:

Post a Comment