Search This Blog

Saturday, June 30, 2012

Tiga pegawai polis mati ditembak rakan sejawat




         
BANDAR RAYA MEXICO: Tiga pegawai polis persekutuan yang terbunuh dalam kejadian terbaru insiden tembakan di lapangan terbang Mexico dibunuh oleh polis korup yang membantu menyeludup dadah dari Peru, kata seorang komander kanan polis, semalam.

Pegawai polis persekutuan, Luis Cardenas Palomino memberitahu wartawan, ketua polis lapangan terbang yang mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket dadah dan melarikan diri adalah seorang daripada tiga suspek yang hilang.


Insiden tembakan itu berlaku di medan selera di Lapangan Terbang Benito Juarez di sini, kira-kira jam 8.50 pagi Isnin lalu menyebabkan kumpulan pelancong panik mencari tempat berlindung dan ada yang berlari ke tandas. - AFP

No comments:

Post a Comment