Search This Blog

Wednesday, June 27, 2012

Tiga lelaki ditahan kerana perdagang organ haiwan diancam kepupusan

BEIJING: Polis di selatan China menahan tiga lelaki kerana memperdagangkan organ beruang serta haiwan terancam lain yang disyaki diseludup dari Vietnam.
Agensi berita Xinhua semalam melaporkan, polis Guangxi melumpuhkan aktiviti itu awal bulan ini dan merampas “beratus-ratus” kaki dan daging beruang, selain bangkai haiwan lain, termasuk tenggiling dan kura-kura. Sindiket itu dipercayai membunuh 43 beruang bagi mendapatkan organ berkenaan dan ia dianggar bernilai RM10.2 juta. - AFP

No comments:

Post a Comment