MOHD Nasir (kanan) dan pegawai memeriksa barangan yang digunakan dalam kes pecah rumah disekitar Daerah Muar dalam sidang akhbar di IPD Muar, semalam.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata mereka ditahan di sekitar bandar ini Jumaat minggu lalu dengan suspek pertama diberkas kira-kira jam 6 pagi, manakala dua lagi rakannya jam 11 malam hari sama.
Katanya, pihaknya turut merampas sebuah kereta mewah Mercedes Benz, barang kemas serta dua motosikal daripada keseluruhan 70 barangan berharga yang ditemui bersama suspek dan siasatan awal mendapati mereka mendalangi banyak kes pecah rumah di sekitar Parit Jawa, Bukit Pasir dan bandar ini.
“Polis percaya jika lima lagi suspek ditahan, kita mampu menyelesaikan 28 kes pecah rumah di sekitar daerah ini sejak Januari lalu. Suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.
No comments:
Post a Comment