Search This Blog

Saturday, June 30, 2012

Tertetak kaki sendiri

myMetro | Tertetak kaki sendiri:

KUALA TERENGGANU: “Ini kali kedua saya tertetak kaki sendiri sejak bekerja di sini lima tahun lalu,” kata Shaharudin Pupuh, 33, sambil menunjukkan kaki kanannya yang putus dua urat akibat tertetak parang ketika mencantas tangkai kelapa sawit di Felda Bukit Bading, Kuala Berang, Selasa lalu.
Bapa kepada dua anak dari Lombok, Indonesia itu ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari ketika dia dan seorang rakan memetik buah sawit untuk diproses.

Menurutnya, kaki kanannya tertetak apabila dia terlepas parang yang digunakan untuk memotong tangkai sawit menyebabkan senjata terbabit terpelanting dan terkena kakinya.
“Saya hanya mampu terdiam melihat bahagian kaki kanan berhampiran jari terbelah selain terasa amat pedih dan kebas seluruh badan.

“Saya cepat-cepat membuka baju dan membalut luka yang dalam itu, namun tidak sampai dua minit darah membasahi baju berkenaan.

“Mujurlah rakan yang berada di kawasan itu membantu dan memaklumkan kejadian itu kepada penyelia sebelum saya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan kemudian dirujuk pula ke HSNZ,” katanya.
Shaharudin berkata, dua urat jarinya terputus dan dijahit untuk menyambungnya semula bagi membolehkan jari tengah dan manis kaki kanannya kembali berfungsi.

Menurutnya, sebelum ini, dia menerima 10 jahitan selepas tertetak betis sendiri dengan parang tahun lalu.
“Sebelum ini, saya tertetak betis, tetapi kecederaannya tidak teruk seperti sekarang. Saya dinasihatkan doktor supaya berehat panjang bagi membolehkan kaki kanan saya sembuh.

“Tetapi, kejadian ini tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan kerja di ladang kelapa sawit itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment