Search This Blog

Saturday, June 9, 2012

Tentera Indonesia lepas tembakan, satu maut



TIMIKA 8 Jun - Sekurang-kurangnya seorang individu terbunuh dan 17 lagi cedera apabila tentera Indonesia melepaskan tembakan ke arah orang awam ekoran berlakunya perbalahan yang berpunca daripada satu kemalangan jalan raya di wilayah Papua, lewat kelmarin.
Jurucakap polis, Saud Usman Nasution berkata, kejadian itu berlaku di bandar Wamena apabila dua anggota tentera yang menaiki sebuah motosikal melanggar seorang kanak-kanak sehingga tercedera, menyebabkan penduduk tempatan berang dan menikam seorang daripada askar terbabit sehingga mati.
"Seorang lagi askar mengalami kecederaan parah dan ekoran kejadian itu, dua trak tentera tiba di lokasi kemalangan untuk membalas dendam dengan melepaskan tembakan ke arah orang awam serta membakar berpuluh-puluh buah rumah.
"Sebanyak 37 buah rumah dibakar oleh pihak tentera terbabit namun keadaan kembali pulih pada awal pagi semalam," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment