Search This Blog

Wednesday, June 27, 2012

Tak sempat larikan lembu

Tak sempat larikan lembu
Lembu betina yang bunting enam bulan mati disumpit pencuri lembu.
ALOR GAJAH - Hasrat sekumpulan pencuri untuk membawa lari seekor lembu betina bunting enam bulan tidak kesampaian selepas diserang seekor anjing milik penternak lembu berkenaan yang menyedari kehadiran pencuri itu, di Kuala Sungga, Tebong, di sini, pagi kelmarin.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pada jam 4 pagi itu, dua daripada tujuh lembu yang disumpit menggunakan ubat pelali berjaya dibawa lari.
Menurut pemilik lembu berkenaan, P Balachander, 47, dia hairan apabila anjingnya bertindak mengejar sebuah kereta yang menuju ke arah Kuala Sungga, tetapi tidak menghiraukannya kerana berasa tidak sihat.
“Pada hari kejadian kira-kira jam 7 pagi, saya ke Seremban untuk membeli ubat lembu ternakan namun tidak pula melihat keadaan lembu yang berada dalam kawasan peliharaan  bersebelahan rumah.
“Sebaik sampai di rumah, saya dimaklumkan jiran bahawa seekor daripada lembu saya terbaring dalam keadaan menggelupur,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini jirannya menyedari kumpulan pencuri itu sering berulang alik menaiki kereta namun tidak mengesyaki apa-apa.
Balachander yang kehilangan lebih 20 ekor lembu sejak dua tahun lalu mendakwa, lembunya dipercayai disumpit dari jarak dekat berdasarkan penelitian ke atas jarum suntikan yang masih terdapat di punggung lembu berkenaan.
“Disebabkan seekor lembu sudah mati di dalam kawasan peliharaan, kira-kira 400 ekor lembu lain tidak mahu balik membuatkan saya bimbang sekiranya terdapat lembu lain yang disumpit dan dilarikan,” katanya yang kerugian kira-kira RM100,000 sejak kejadian dua tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan laporan berhubung kejadian

No comments:

Post a Comment