Search This Blog

Saturday, June 16, 2012

Susu formula bayi di China dicemari merkuri

BEIJING - Skandal pencemaran susu formula di China masih belum berakhir - kali ini ia dicemari pula oleh merkuri, menurut laporan pemeriksa kualiti pengguna hari ini.
Dalam satu kenyataan, Pentadbiran Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin (AQSIQ) berkata, sejumlah merkuri dikesan dalam beberapa kumpulan produk keluaran Industri Inner Mongolia Yili Co. semasa memeriksa produk formula bayi.

Berikutan itu, sebanyak 715 produk formula bayi dalam negara telah diperiksa dan setakat ini syarikat berkenaan yang juga pengeluar utama, memiliki beberapa produk tercemar dengan merkuri.

No comments:

Post a Comment