Search This Blog

Saturday, June 16, 2012

Suspek terakhir kes serangan gas sarin Tokyo ditahan selepas 17 tahun diburu

TOKYO: Polis semalam menahan suspek terakhir yang dikehendaki kerana terbabit dalam serangan gas saraf dalam kereta api bawah tanah Tokyo pada 1995 yang mengorbankan 13 orang serta mencederakan ribuan yang lain.
Penahanan Katsuya Takahashi menamatkan buruan polis yang selama ini mahu menyelesaikan kes serangan gas sarin yang menggemparkan Tokyo ketika itu.

Polis mengepung sebuah kafe buku komik di selatan Tokto selepas dimaklumkan mengenai seorang lelaki menyerupai Katsuya.
Jurucakap polis berkata, suspek diminta menyerah diri ke balai polis berhampiran kira-kira jam 9.40 pagi.

“Selepas cap jarinya disemak dengan rekod polis, dia ditahan,” katanya.

Jiji Press pula melaporkan, Takahashi, ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan serta tuduhan lain.
“Dia mendakwa bertindak atas arahan pemimpin atasan kumpulannya,” lapor agensi berita itu.

Buruan suspek berprofil tinggi dijalankan di Tokyo sejak penahanan bekas anggota kumpulan Aum Supreme Truth, Naoko Kikuchi, 40, dua minggu lalu.
Kikuchi dan Takahashi menjadi pelarian daripada pihak berkuasa lebih 17 tahun lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment