Search This Blog

Saturday, June 2, 2012

Suspek sewa teksi larikan diri selepas bunuh rakan senegara

Suspek sewa teksi larikan diri selepas bunuh rakan senegara - Pahang - Sinar Harian:

Suspek sewa teksi larikan diri selepas bunuh rakan senegara
Suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapat perintah tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan warga Myanmar.
KUANTAN - Salah seorang daripada empat suspek kes bunuh nelayan warga Myanmar, Tahr Tun, 34, menyewa sebuah teksi di Terminal Makmur, di sini, untuk melarikan diri ke Utara selepas identitinya dikenal pasti polis.

Tindakan suspek berusia 31 tahun itu berjaya dihalang apabila dia ditahan polis ketika berada di Tol Karak, Bentong, kira-kira jam 3 pagi iaitu tujuh jam selepas kejadian.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Deputi Superintendan Azmi Jaafar berkata, ketika ditahan, suspek hanya berpakaian kemeja-T dan berseluar pendek.

Menurutnya, penahanan suspek itu hasil maklumat saksi yang berjaya membuat pengecaman identiti fizikal lelaki berkenaan yang bertindak melarikan diri selepas berlaku pembunuhan tersebut.

“Suspek yang mempunyai dokumen perjalanan diri kemudiannya dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Azmi berkata, berikutan penahanan suspek utama itu, pihaknya yakin tiga lagi suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes itu dapat ditahan dalam masa terdekat.

“Kita yakin, suspek yang ditahan ini bertanggungjawab dalam kejadian tersebut memandangkan ada saksi memberitahu lelaki itu selalu bertengkar dengan mangsa beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, kes pergaduhan melibatkan warga asing bukan kali pertama dilaporkan, di sini, malah ada kes yang melibatkan kematian.

“Kita minta semua majikan yang menggaji pekerja asing supaya memantau pekerja masing-masing terutama yang tinggal di rumah kongsi.

“Kebanyakan majikan membiarkan pekerja masing-masing tanpa pengawasan sehingga ada antara mereka terlibat dengan jenayah dandadah,” katanya.

Menurutnya, ada segelintir warga asing itu kaki botol dan selalu mabuk menyebabkan perselisihan faham membabitkan perkara kecil menjadi serius.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment