Search This Blog

Saturday, June 2, 2012

Suspek bunuh Mahadi diburu

Suspek bunuh Mahadi diburu - Semasa - Sinar Harian:

ʻSuspekʼ bunuh Mahadi diburu
Polis menunjukkan kepada anggota Perhilitan tempat mangsa ditemui.
KLUANG - Satu operasi penghapusan anjing liar dilakukan semalam, susulan penemuan mayat seorang penggembala lembu, Mahadi Sadri, 30, di ladang sawit Batu 54, Jalan Machap Johor, Simpang Renggam, di sini, Isnin lalu.

Operasi yang dikendalikan Majlis Daerah Sempang Renggam (MDSR) dengan kerjasama Jabatan Veterinar, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan polis bermula= dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Setiausaha MDSR, Izhar Abu Sairin berkata, dalam operasi itu, hanya seekor anjing ditangkap, selain tiada petanda penemuan binatang buas di kawasan berkenaan.

“Walau bagaimanapun, pihak kami akan sentiasa meneruskan operasi ini sekiranya terdapat aduan di kawasan sekitar ladang sawit itu,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, sebelum penemuan mayat itu, pihaknya belum pernah menerima sebarang aduan daripada orang awam mengenai anjing liar di kawasan-kawasan ladang.

"Kebanyakan kes gangguan anjing liar hanya berlaku di kawasan-kawasan perumahan dan ini adalah pertama kali diadakan operasi di kawasan ladang," katanya.

Sementara itu, pihak Perhilitan negeri akan memasang perangkap untuk menjerat binatang buas yang dipercayai berkeliaran di kawasan ladang berkenaan.

“Walau bagaimanapun, kita masih membuat siasatan dan kajian bagi menentukan jejak yang ditemui di ladang berkenaan berikutan turut menemui beberapa jejak haiwan lain termasuk anjing di sekitar lokasi kejadian.

“Buat masa ini, kami masih belum dapat memastikan jejak yang dilaporkan sebesar tapak tangan manusia yang ditemui di sekitar lokasi berkenaan.

"Ini kerana Jabatan Kimia masih belum mengeluarkan laporan berhubung bulu binatang berwarna hitam yang ditemui di tempat kejadian,” katanya, semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Saniah Kahar, 67, berharap pihak berkuasa akan menyegerakan penangkapan binatang

Polis menunjukkan kepada anggota Perhilitan tempat mangsa ditemui. buas yang telah membunuh anaknya itu.

“Kami sekeluarga sentiasa dalam keadaan tertekan dan bimbang untuk keluar rumah. Malah, anak makcik, Amanshah (Amanshah Sadri, 25) juga tidak berani lagi keluar bekerja seorang diri untuk mengambil upah memotong sawit.

“Jika mahu keluar juga, dia akan menyuruh makcik untuk menemaninya. Makcik juga rasa takut dan bimbang selagi binatang buas atau anjing tersebut tidak ditembak atau ditangkap,” katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment