Search This Blog

Saturday, June 30, 2012

Seludup 100 gram dadah dalam perut


PEKANBARU: Pegawai kastam dan eksais bandar raya ini menumpaskan percubaan menyeludup serbuk methamphetamine atau syabu bernilai 150 juta rupiah (RM50,181) dari Malaysia melalui Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II, semalam.
Suspek warga Indonesia itu cuba menyeludup 100 gram serbuk methamphetamine dengan membungkus dadah berkenaan dalam kondom dan menelannya ke dalam perut.

“Suspek tiba dari Kuala Lumpur dengan pesawat Air Asia AK1342. Kami mencurigai tindak-tanduknya dan segera melakukan pemeriksaan ke atas tubuhnya tetapi tidak menemui apa-apa,” kata pegawai kastam dan eksais Pekanbaru, Aminuddin Budiarjo kepada tribunnews.com.
Pihak berkuasa kemudian memutuskan untuk menjalankan ujian X-ray terhadap suspek. “Kami mengesan bungkusan berbentuk kapsul dalam perut suspek lalu melakukan pemeriksaan lanjut sebelum menemui kapsul yang dibungkus dengan kondom mengandungi 100 gram serbuk methamphetamine,” katanya.

Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke balai polis Pekanbaru untuk siasatan lanjut. - tribunnews

No comments:

Post a Comment