Search This Blog

Saturday, June 30, 2012

Rangka manusia ditemui dalam tong bersimen

KAJANG: Seorang pengendali jengkaut yang membersihkan kawasan hutan di Kampung Baru Balakong dekat sini, terkejut apabila mendapati tong dram bersimen yang dikautnya mengandungi rangka manusia. 

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, pekerja terbabit memecahkan tong dram bersimen itu sebelum mendapati ada kandungan simen di dalamnya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata lelaki itu kemudian memecahkan simen di dalam tong itu sebelum menemui rangka manusia lengkap berpakaian yang diikat dengan kabel elektrik.
“Lelaki itu kemudian melaporkan kepada majikannya yang menghubungi polis,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, semalam. 

Abdul Rashid berkata tiada identiti ditemui pada rangka itu dan siasatan awal polis menemui kesan tetakan pada lehernya. 

“Kita percaya mangsa dibunuh setahun lalu,” katanya. 

Beliau berkata rangka manusia itu dibawa ke Hospital Serdang untuk mengenal pasti identitinya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment