Search This Blog

Wednesday, June 27, 2012

Pengurus projek maut dilanggar kereta sendiri

IPOH: Seorang pengurus projek maut apabila dirempuh keretanya sendiri ketika membuka pintu pagar di tapak projek perumahan milik syarikatnya di Farlim di sini, pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Chan Wing Khoon, 58, berasal dari Taman Pinji Jaya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk tulang belakang selain kecederaan dalaman.
Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa terlupa menarik brek tangan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux miliknya apabila keluar sebelum kenderaan itu bergerak sendiri dan merempuh belakang mangsa yang sedang membuka pintu pagar.
Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak dan tersepit di antara longkang dan kenderaannya. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq, berkata laporan bedah siasat mendapati mangsa patah tulang belakang dan pendarahan dalaman badan.

1 comment: