Search This Blog

Saturday, June 23, 2012

Pengasuh dera budak menangis didenda RM800

PETALING JAYA: Seorang pengasuh didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam, selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan ke atas bayi perempuan berusia tiga bulan kerana tidak tahan mendengar tangisan mangsa, awal Januari lalu. 

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap Nadhrah Awang, 23, dan turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda. Nadhrah kemudian membayar denda dikenakan.
Dia yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya. Nadhrah dituduh melakukan kesalahan itu terhadap Gabriella Gail Gabriel dalam kejadian di kediamannya di H-1-17 Apartment Vista, Damansara Damai, di sini pada 8 Januari 2012.
Mengikut fakta kes, Nadhrah yang tidak tahan mendengar tangisan bayi itu, mencederakan mangsa sehingga lebam di muka. 

Dalam rayuannya, wanita berkenaan memohon hukuman diringankan, namun Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd Rawi memohon hukuman setimpal.

No comments:

Post a Comment