Search This Blog

Saturday, June 2, 2012

Pemandu cuai punca nahas bas dinaiki jemaah tabligh

Pemandu cuai punca nahas bas dinaiki jemaah tabligh - Semasa - Sinar Harian:
GEORGE TOWN - Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan bas yang meragut dua nyawa jemaah tabligh warga Myanmar di Jalan Tun Sardon di sini, Jumaat lepas, berpunca akibat kecuaian pemandu bas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata ia berikutan laporan awal Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mendapati bas berkenaan termasuk sistem breknya berada dalam keadaan baik.

"Mungkin pemandu bas itu belum biasa membawa kenderaan itu...beliau masih dalam keadaan koma dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata laporan penuh berhubung kejadian itu hanya akan diperolehi minggu depan.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, bas tersebut yang membawa 44 jemaah tabligh warga Myanmar itu hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter.

Seorang penumpang, Abdul Jatba, 47, maut di tempat kejadian manakala Soe Myint, 26, yang menerima rawatan di HPP, meninggal dunia pada malam Sabtu dan penumpang lain mengalami kecederaan.

Siasatan sebelum ini mendapati bas berkenaan tidak mempunyai cukai jalan sejak tiga bulan lepas manakala pemandu bas terbabit mempunyai lima rekod kesalahan trafik. - Bernama
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment