Search This Blog

Saturday, June 9, 2012

Pelajar wanita Zambia edar dadah dihukum mati



SHAH ALAM 8 Jun - Seorang pelajar kolej warga Zambia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar 1.3 kilogram dadah jenis methamphetamine, pada tahun lalu.
Hakim Noor Azian Shaari memutuskan hukuman itu terhadap Nachilongo Doreen, 25, selepas berpuas hati tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.
Dalam penghakiman ringkasnya, beliau mengatakan tertuduh mendakwa dadah tersebut telah diletakkan oleh orang lain di dalam begnya apabila ditahan Jabatan Imigresen selama lapan jam.
Bagaimanapun jelas beliau, mahkamah mendapati ia adalah mustahil berdasarkan cara dadah tersebut disembunyikan di dalam beg milik wanita itu.
Selain itu kata beliau, tiket penerbangan juga menunjukkan tertuduh hanya akan tinggal di Malaysia selama seminggu selain tempahan di Hotel Hilton untuk tempoh yang sama walhal alasan dia datang ke negara ini untuk mencari pekerjaan.

No comments:

Post a Comment