Search This Blog

Wednesday, June 27, 2012

Pastor gereja salah guna duit derma ditahan

SINGAPURA 27 Jun - Seorang pengasas gereja terkaya di sini, ditahan semalam selepas didakwa menyalahgunakan sekurang-kurangnya SG$23 juta (RM57 juta) duit derma yang diperoleh daripada 3,000 pengikutnya.
Pastor Kong Hee dan empat eksekutif kanan gereja Harvest City ditahan oleh unit polis Jabatan Hal Ehwal Komersial yang ditubuhkan untuk menangani jenayah kewangan, dan berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
Pegawai jabatan itu berkata, kelima-lima suspek terbabit dibebaskan dengan ikat jamin dan digantung tugas daripada gereja terbabit. - AFP

No comments:

Post a Comment