Search This Blog

Saturday, June 9, 2012

Orang Asli cedera dilibas belalai gajah



JOHOR BAHRU 8 Jun - Hasrat tiga beradik Orang Asli dari suku Jakun untuk mencari pucuk paku di Pantai Burung di dalam kawasan Taman Negara Endau-Rompin, Mersing, tidak kesampaian apabila seorang daripada mereka cedera akibat diserang gajah, semalam.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, Zubedah Ayong, 19, dari Kampung Peta mengalami patah bahu kiri dan pinggul kanan akibat dilibas belalai gajah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Supritendan Muhd. Toff Maaroff berkata, ketika kejadian, mereka mencari pucuk paku sebelum terserempak dengan sekumpulan gajah.
"Seekor daripada gajah itu dipercayai naik minyak dan menyerang mangsa manakala dua lagi dapat melarikan diri.
"Beberapa kakitangan Taman Negara dan penduduk setempat yang dimaklumkan kejadian itu menyelamatkan mangsa dengan membawa mereka keluar dari situ," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment