Search This Blog

Saturday, June 30, 2012

Mekanik didakwa

myMetro | Mekanik didakwa:

PETALING JAYA: Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap tuduhan membunuh dua warga emas yang juga ibu dan bapa saudaranya, minggu lalu.
Tertuduh, Lee Chee Choy, 44, hanya mengangguk faham terhadap tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Surya Wati Shawal.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah memohon tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, untuk pemeriksaan mental pakar psikiatri.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Lee didakwa membunuh Lee Yoke Mun, 70, dan isterinya, Lee Kam Lin, 59, di rumah mereka di Jalan SK 8/6, Seri Kembangan antara jam 6.15 dan 6.30 pagi, 20 Jun lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Lee tidak diwakili peguam bela.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan akibat berang kerana diejek kurang siuman, seorang mekanik membelasah ibu dan bapa saudaranya menggunakan batang besi hingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, Seri Kembangan, di sini.

Lelaki itu yang dipercayai mengalami masalah mental, tinggal dengan kedua-dua mangsa sejak kecil bersama ibu bapanya, namun ketika kejadian, ibu bapanya tiada di rumah.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian akibat parah.

No comments:

Post a Comment