Search This Blog

Wednesday, June 27, 2012

Mayat wanita Belgium tanpa kepala ditemui

myKATHMANDU: Polis Nepal semalam memulakan siasatan selepas mayat wanita Belgium ditemui tanpa kepala di kawasan laluan pejalan kaki popular di Himalaya.
Debbie Maveau, 23, hilang selama 10 hari sebelum mayatnya yang reput ditemui di bawah laluan berkenaan di Taman Negara Langtang pada 14 Jun lalu. Jurucakap polis berkata, kepala Debbie ditemui kira-kira 30 sentimeter dari mayatnya. “Polis cuba melihat kemungkinan mangsa dibunuh seseorang yang baru ditemuinya sebelum kematiannya,” katanya.

Jurucakap itu berkata, polis menolak kemungkinan rompakan atau rogol sebagai motif pembunuhan itu kerana pakaian mangsa tidak terganggu, manakala kamera dan wang mangsa juga tidak dicuri. - AFP

No comments:

Post a Comment