Search This Blog

Saturday, June 2, 2012

Mayat dijumpai terapung

Mayat dijumpai terapung - Perak - Sinar Harian:

Mayat dijumpai terapung
Penduduk berhampiran membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemui terapung
dalam kolam ikan.
IPOH – Seorang penternak yang ingin memeriksa haiwan ternakannya terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki terapung di kolam ikan miliknya berhampiran Taman Wing Onn di sini, semalam.

Lelaki berkenaan yang enggan dikenali berkata, kira-kira jam 8 pagi, dia ternampak satu objek seakanakan manusia terapung dalam kolam berkenaan.

Menurutnya, warga emas berusia 80-an yang meninggal dunia itu bekerja mengambil upah untuk menjaga haiwan ternakannya. “Saya segera menghubungi polis sebaik sahaja mendapati objek itu adalah manusia ketika saya sedang memberi makan kepada ikan-ikan.

“Dia tiada ahli keluarga dan dia tidak suka bergaul dengan masyarakat. “Saya percaya dia terjatuh ketika ingin membuka pintu pondok di tepi kolam ini selepas pulang dalam keadaan mabuk,” katanya kepada Sinar  Harian di sini,  semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan penemuan mayat tersebut. “Namun, tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu. Mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri   ainun (HRPB) dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. 

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment