Search This Blog

Saturday, June 2, 2012

Lelaki parah kereta rempuh lori

myMetro | Lelaki parah kereta rempuh lori:

REMBAU: “Melihat jarak antara kami terlalu dekat, saya sempat berhenti di bahu jalan, tetapi usaha itu gagal apabila mangsa terus merempuh lori dipandu sebelum keretanya terhumban kira-kira 20 meter,” kata saksi kejadian yang juga pemandu lori, S Guna, 32.
Akibat dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain, seorang lelaki parah apabila kereta dipandu merempuh sebuah lori tangki dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Pedas-Kundur-Linggi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.20 petang itu, mangsa, Fadhullah Hamzah, 25, yang memandu Proton Satria dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Pinggiran Pedas di sini, selepas menghadiri temu duga sebagai pegawai kesihatan.
Menceritakan kejadian itu, Guna berkata, ketika kejadian, dia yang menuju ke Rantau tiba-tiba ternampak sebuah kereta cuba memotong sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan.

“Melihat keadaan itu, saya sempat memberi lampu sebagai tanda amaran kerana bimbang berlaku perlanggaran. Bagaimanapun, kereta itu gagal mengelak lalu melanggar bahagian depan lori saya.

“Sejurus kejadian, saya bergegas keluar dan melihat orang ramai mengerumuni kereta mangsa yang remuk teruk. Mangsa yang tersepit di kaki cuba dikeluarkan tetapi gagal,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin.
Menurutnya, dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan tetapi masih terkejut dengan kejadian itu.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Mohd Yusof Samad dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa tersepit.
Mangsa yang cedera parah di kepala dan kaki dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment