Search This Blog

Thursday, June 14, 2012

Lelaki dapat pampasan AS$25 juta dalam kes gangguan perkauman

NEW YORK: Juri Amerika Syarikat memutuskan bayaran pampasan AS$25 juta (RM79 juta) diberikan kepada seorang kakitangan syarikat keluli berpusat di Luxembourg kerana mengalami gangguan perkauman selama bertahun-tahun, kata peguam, hari ini. 

Elijah Turley, keturunan Afrika-Amerika, memberi keterangan dalam perbicaraan selama tiga minggu bahawa penghinaan perkauman dan insiden lain sejak 2005 hingga 2008 ketika bekerja di kilang terbabit di Lackawanna, New York yang dialami sehingga menyebabkan dirinya miskin.
"Ini amat mengejutkan kerana kes seperti ini dibicarakan di mahkamah ini pada 2012. Ia adalah kejam dan melampau dalam masyarakat bertamadun," kata peguam Ryan Mills ketika hujah penutupnya.
Lapan ahli juri sebulat suara memutuskan syarikat ArcelorMittal dan sebahagian eksekutifnya bertanggungjawab terhadap kes berkenaan. - AFP 

No comments:

Post a Comment