Search This Blog

Saturday, June 30, 2012

Jiran dengar jeritan 2 kali sebelum senyap

myMetro | Jiran dengar jeritan 2 kali sebelum senyap: "AMPANG: “Saya ada mendengar orang menjerit dua kali sebelum suaranya senyap beberapa minit kemudian,” kata saksi kejadian bakar dan bunuh seorang wanita hingga rentung di hadapan pintu rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Ampang Campuran, di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Efa, 32.

Dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin, mangsa, P Yoga Ambiga , 27, meninggal dunia selepas dibakar hidup-hidup oleh tiga lelaki menggunakan minyak tanah.
Ketika kejadian, mangsa baru pulang dari tempat kerja apabila tiba-tiba diserang sekumpulan lelaki memakai topi keledar sebelum dibakar.

Dipercayai motif kejadian akibat dendam selepas mangsa baru bertunang pada 16 Jun lalu.


Efa yang juga jiran mangsa berkata, ketika kejadian, dia baru selesai makan malam bersama keluarga apabila terdengar tapak kaki orang lalu lalang di depan rumah disusuli suara orang menjerit."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment