Search This Blog

Saturday, June 2, 2012

Ibu bersama bayi ke penjara

Ibu bersama bayi ke penjara - Selangor & KL - Sinar Harian:
KLANG - Seorang wanita terpaksa membawa bayinya berusia enam bulan yang masih menyusu badan bersamanya ke dalam penjara apabila Mahkamah Majistret memerintahkan hukuman penjara sembilan bulan terhadapnya.

Normala Mahmud, 27, mengaku bersalah memiliki dadah jenis heroin dan morfin seberat 0.24 gram di hadapan Majistret Ho Kwong Chin.

Dalam prosiding sama, Kwong Chin turut memerintahkan hukuman penjara sembilan terhadap Ahmad Johar Mahmud, 41, dan Mat Halim Mohd Esan, 40, yang bersama dengan Normala melakukan kesalahan tersebut.

Kwong Chin kemudian mengarahkan ketiga-tiga mereka menjalani hukuman penjara bermula 25 April lalu.

Ahmad Johar, Mat Halim dan Normala mengaku memiliki empat tiub straw yang mengandungi heroin dan morfin tanpa kebenaran sah.

Kesalahan itu dilakukan mereka dengan niat bersama di sebuah rumah, Jalan Kenangan Meru, di sini, pada jam 10 pagi, 25 April lalu.

Berdasarkan fakta kes, pengadu iaitu anggota polis Bahagian Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Polis Klang mengadakan serbuan di rumah berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azilah Mat manakala peguam dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Selangor, Azry Ahmad mewakili Normala.
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment